Ahad, 27 November 2011

Banyak betul resepi untuk terubuk bakar ni..hahaha...

Kadang-kadang betapa pening kepala ni ,macam mana la nak bakar terubuk ni...cari dalam internet banyak betul resepi,tak tahu mana satu..betul kita kalau nak makan mesti yang terbaik beb..huhuhu..

ni saya beri satu resepi yang simple untuk buat ikan bakar.definisi bakar ada 2:
atas bara api dan
atas kuali dengan api yang kecil dan ditutup.

ok ni resepi dia.... usop wilca cakap.."kite bako..kita bako je.."

1 ekor ikan terubuk (10 ekor pun bole hahaha)

bahan A
kunyit
garam (secukup rasa)

bahan B
cili padi 20 biji
asam jawa
limau kasturi
kicap
bawang
tomato

cara
siang terubuk dan basuh.
lumurkan terubuk tadi dengan bahan A sehingga rata
letak terubuk yang dah dilumur ke dalam kuali diatas dapur gas
pasang api yang kecil.
tutup kuali tersebut.

sambil menunggu terubuk tu masak:
cili api ditumbuk separuh lumat didalam lesung batu
setelah itu masukkan air perahan asam jawa 
masukkan perahan limau kasturi
campurkan sedikit kicap
masukkan hirisan bawang
dan masukkan tomato yang di cincang.
kemuadian gaulkan kesemua bahan B tersebut didalam lesung batu.

untuk asam cicah ni,jangan masukkan terlalu banyak kicap kerana akan menyebabkan pahit.perghh...tulis ni pun boleh merembes air liur hahaha...

untuk mengetahui terubuk tersebut sudah masak atau tidak,cungkil sedikit menggunakan garfu di bahagian tengkuk terubuk tu.kalau senag cungkil dan isinya keputihan,baik cepat-cepat angkat dan jangan lengah-lengah lagi sebab kalau ianya lambat diangkat akan menyebabkan orang lain atau adik beradik anda akan hilangkan terubuk anda itu hahaha...


terubuk dibakar diatas bara


terubuk dibakar atas kuali,kulit terubuk cantik






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hendaklah komen dengan berhemah..plzz jgn carut-carut tau..xbaekkkkk...contoh yang sangat baik untuk komen seperti ini.."jom lah aku nak belanja kau makan"..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...